PENYEMPITAN ISTILAH PUNCA PERSETERUAN
Pos ini ditulis bukan untuk membuka lembaran baru dalam usaha untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai Isu lagu Rasa Sayang. Tetapi ditulis sebagai menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai komen yang telah ditulis di dalam pos BANGSA INDONESIA JANGAN BERSIKAP BIADAB!
Bagi orang Malaysia, MELAYU itu merujuk kepada satu makna yang luas. Melayu itu adalah bersifat umum dan merujuk kepada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang yang hampir sama dengan orang Melayu seperti Jawa, Minangkabau, Acheh, Bugis, Banjar dan orang Melayu itu sendiri.
Bagi orang Indonesia, istilah Melayu itu telah “disempitkan” untuk merujuk kepada salah satu bangsa minoriti di Indonesia yang menetap di sesetengah provinsi Indonesia.
Bagi orang Malaysia, MELAYU itu merangkumi semua manusia yang memiliki sifat yang hampir sama seperti berkulit coklat dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Bagi Malaysia, Jawa itu MELAYU, Acheh itu MELAYU, Minangkabau itu MELAYU, Batak itu MELAYU dan boleh dikatakan semua manusia di kepulauan Nusantara adalah MELAYU.
Seperti yang digunakan oleh orang Barat, “MALAY ARCHIPELAGO“, bukannya “JAVA ARCHIPELAGO”, “MINANGKABAU ARCHIPELAGO”, “ACHEH ARCHIPELAGO”, “BUGIS ARCHIPELAGO” dan seterusnya…..
Orang Malaysia tidak menyempitkan istilah MELAYU kepada satu kaum yang kecil sahaja seperti Indonesia.
Hanya di Indonesia, orang Jawa ialah Jawa, orang Acheh ialah Acheh, orang Minangkabau ialah Minangkabau, orang Melayu ialah Melayu.
Inilah PERBEZAAN TERBESAR antara orang MALAYSIA dan INDONESIA. Sebab itu isu LAGU RASA SAYANG boleh timbul dan menjadi api perseteruan. Itu semua disebabkan SALAH FAHAM DISEBABKAN “PENYEMPITAN ISTILAH”.
Puisi daripada Sasterawan Malaysia, Prof. Dr. Usman Awang telah menerangkan makna sebenar ISTILAH MELAYU mengikut pandangan rakyat MALAYSIA:
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benarJanji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anakMelayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang MelayuKeturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat ‘anu’nya itu)Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilanganMelayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicaraMalangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjualMeski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiriBerkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjakWatak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawanBerdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparutBaiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilanJadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka…
Indonesia juga telah menyempitkan istilah “NUSANTARA” dengan menjadikan Indonesia moden seperti yang ada pada hari ini sebagai “NUSANTARA SEBENAR”. Walhal, sejak zaman-berzaman istilah NUSANTARA itu digunakan untuk merujuk kepada Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).
BAGI MALAYSIA, “MALAY ARCHIPELAGO” ITULAH NUSANTARA TETAPI BAGI INDONESIA, HANYA INDONESIA SAHAJA NUSANTARA……
Keengganan Indonesia untuk menggunakan istilah NUSANTARA terhadap negara-negara di luar Indonesia telah menyebabkan timbulnya sifat pentingkan diri sendiri dalam kalangan warga Indonesia.
Malaysia tetap menganggap MALAYSIA, INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA dan yang terbaru TIMUR TIMOR sebagai NUSANTARA, Tetapi tidak bagi Indonesia.
Saya pernah terbaca di sebuah website tentang mengapa orang Indonesia begitu marah dengan orang Malaysia. Salah satu sebabnya ialah orang Indonesia bilang orang Malaysia merampok “KEBUDAYAAN” mereka.
Oh, come on!!!!!
Kebudayaan kamu itu kebudayaan kami juga, batik kamu itu batik kami juga, makanan tempe kamu itu makanan kami juga, makanan nasi uruk kamu itu makanan nasi lemak kami juga, keturunan kamu itu keturunan kami juga, bahasa kamu itu bahasa kami juga!!!
So what? Jadi apa? Siapa yang maling, siapa yang merampok?, siapa yang mencuri?
INDONESIA, JANGAN TERLALU MENYEMPITKAN MINDA KAMU DENGAN NASIONALISME BERSIFAT LOKAL (SETEMPAT)
Penduduk asal Malay Archipelago (tidak termasuk chinese/indian/imigran) adalah dari bangsa yang sama. Yang membezakan kita cuma negara sahaja. Kita adalah serumpun.
Selepas saya berkata begini, pasti ada orang Indonesia yang mahu MALAYSIA masuk dalam INDONESIA supaya isu-isu seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana saya sudah bilang kita adalah serumpun.
TUJUH PETALA LANGIT,
TUJUH PETALA BUMI,
BIAR BERGONCANG BUMI INI,
BIAR MELETUP SEMUA GUNUNG BERAPI,
ITU TIDAK MUNGKIN AKAN BERLAKU!!!
NEVER! EVER! IMPOSSIBLE!
Saya tidak pasti kalau orang Indonesia pernah mendengar kata-kata daripada HANG TUAH iaitu pahlawan Melayu Melaka pada zaman silam. Beliau berkata “Tidak akan Melayu hilang di dunia”. Masuknya Malaysia ke dalam Indonesia, maka HILANGLAH MELAYU DI DUNIA INI.
Kerana apa? Kerana bangsa Melayu akan menjadi bangsa minoriti (minoritas) di dalam Indonesia. Sekarang ini Melayu adalah bangsa majoriti (mayoritas) di Malaysia dan Brunei, kalau Malaysia menjadi Indonesia, Bangsa Melayu bukan lagi bangsa majoriti…….
Selain itu, keadaan ekonomi dan pembangunan Indonesia yang tidak stabil tidak memungkinkan mana-mana rakyat Malaysia yang berfikiran waras untuk dengan senang hati menjadi rakyat Indonesia.
Kalau iya pun mahu Malaysia masuk ke dalam Indonesia, Jadilah maju seperti JEPANG (JEPUN) ke, KOREA SELATAN ke, AMERIKA SERIKAT (AMERIKA SYARIKAT) ke, atau paling tidak pun seperti SINGAPORE ke….
Kalau INDONESIA maju seperti JEPANG, Saya rasa orang Malaysia pasti tidak akan menolak untuk menjadi rakyat INDONESIA…. Rasa-rasanyalah
Jika sekarang ini MALAYSIA menjadi sebahagian daripada INDONESIA;
Kalau ditanya di manakah terletaknya MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DI DUNIA?
INDONESIA!
Kalau ditanya syarikat penerbangan (maskapai) apakah yang mendapat pengiktirafan 5 BINTANG (5 STARS) untuk kualitinya dan kapal terbangnya terbang ke lebih 100 destinasi merentasi 5 benua di dunia?
INDONESIA!
Jika ditanya di manakah terletaknya LAPANGAN TERBANG antara yang termoden dan terbesar di Asia?
INDONESIA!
Jika ditanya di manakah terletaknya KOTA METROPOLIS TERKENAL KUALA LUMPUR?
INDONESIA!
Jika ditanya apakah jambatan terpanjang di Asia Tenggara, ke-4 terpanjang di Asia, ke-10 terpanjang di dunia?
INDONESIA!
Jika ditanya apakah SATU-SATUNYA NEGARA MEMBANGUN di dunia yang menghasilkan kereta buatannya sendiri?
INDONESIA!
Jika ditanya di manakah hilangnya negara membangun luar biasa MALAYSIA?
DALAM INDONESIA!
Jika ditanya negara manakah yang mempunyai paling banyak MALING?
MALAYSIA!!!!!!!!!!
P/S: Maafkan saya kalau dihujung-hujung pos ni saya dah mula merapu sikit ![]()
OTHER INTERESTING RELATED POSTS:
- Artis Arab | February 3, 2008
- Artis Hollywood | February 3, 2008
- Artis Indonesia | February 3, 2008
- Artis Korea | February 3, 2008
- Artis Singapura | February 3, 2008
- Artis Malaysia | February 3, 2008
- Artis Afrika | February 3, 2008
- Bahasa Melayu | February 11, 2008
- BANGSA INDONESIA JANGAN BERSIKAP BIADAB! | February 16, 2008
- KEKALKAN STATUS QUO DALAM PILIHAN RAYA MALAYSIA KE-12! | February 16, 2008








Bukan penyempitan Istilah sih,.. Tapi memang mungkin perspektif kita berbeda akan arti kata-kata tersebut. (Bagi saya sih,.. Ya,.. Melayu adalah salah satu suku, bukan Ras)
Kalau Ras (dimana Kita semua adalah orang kulit kuning/ berwarna),… maka kita semua termasuk Mongoloid– (Melayu, Jepan, Korea, Indonesia, dll). Cuma, sekali lagi Melayu tidak Sama dengan Sunda, Jawa, Maluku, Dayak, Papua dll.
Bahasanya saja jelas-jelas jauuuuhh berbeda. Jangan hanya karena akar Bahasa Indonesia adalah dari Bahasa Melayu, lantas berarti Sunda, Jawa, Maluku, dan suku-suku lain di Indonesia adalah Melayu juga.
Bahasa Indonesia memang daari Bahasa Melayu, Tapi bahasa, Sunda ya Sunda, Jawa ya Jawa, Batak ya Batak, Menado ya menado. Mungkin anda merasa kalau suku-suku tersebut sama-sama Melayu, KArena Anda tidak tahu dimana letak perbedaannya kan? Sememntara kita di sini bisa melihat dengan jelas perbedaan itu. Jadi memang tidak bisa disamakan.
Oiya,.. Kita juga ga minta Malaysia untuk jadi bagian dari Indonesia kok. Menurut saya sih udah bagus seperti ini.