Artis Malaysia

Laman Web Artis Sudah Tidak Lagi Diteruskan. Harap Maklum

M. Nasir, Artis Ternama Malaysia Kelahiran Singapura (Bahagian Pertama)

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad telah dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura. Beliau merupakan seorang penyanyi, komposer lagu, penerbit, pelakon dan pengarah filem Malaysia.

M. Nasir memulakan kerjayanya dalam arena muzik dan artistik selepas memperoleh Diploma dalam Lukisan Barat atau Diploma Seni Halus daripada Akademi Seni Halus Nanyang (Nanyang Academy of Fine Arts) di Singapura pada tahun 1978. Pada masa itu, beliau telah terlibat dalam penulisan lirik dan lakonan. Semasa beliau bernyanyi untuk sebuah kumpulan kugiran tempatan, beliau telah mendapat perhatian daripada seorang Penerbit Eksekutif Polygram Singapura iaitu Wan Ibrahim. Wan Ibrahim kemudiannya telah memperkenalkan beliau dengan syarikat rakaman muzik.

Kerjaya lakonannya memuncak semasa awal kemunculannya di pentas teater dan selepas kemunculan filem pertamanya yang berjudul Kembara Seniman Jalanan. Beliau turut muncul dalam filem Fenomena, Selubung, Balada, Simfoni Duniaku and Merah. Beliau kemudiannya telah menjadi seorang pengarah.

M. Nasir telah berlakon dalam beberapa buah drama televisyen yang hit atau pecah panggung seperti Hambali Seorang Jeneral, Ilhamku dan Salam Taj Mahal.

Pada tahun 2005, beliau telah menjadi pengetua untuk program Akademi Fantasia yang ketiga di mana beliau telah bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi baru, Mawi.

M.Nasir pernah mengadakan lebih 10 buah konsert solo terbesar di Malaysia, Singapura dan Manchester, United Kingdom. Menyertai Perhimpunan Pencipta Lagu Asia di Bali pada tahun 1995 dan Perhimpunan Pencipta Lagu Sedunia di Goslar, Jerman pada tahun 2000. Album solo beliau berjudul ‘Phoenix Bangkit’ telah dianugerahkan sebagai Album Terbaik AIM 2002. Beliau sendiri telah menerima Anugerah ‘Wirama’ dalam AIM 2002 tersebut sebagai mengenang jasanya dalam industri muzik tanah air.

Kegiatan seni beliau telah mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan apabila dianugerahkan Ahli Mangku Negara, A.M.N pada 1995 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan pada tahun 2000 dianugerahkan Ahli Mahkota Pahang, A.M.P oleh DYMM Sultan Pahang.

M. Nasir telah memperoleh berbagai-bagai anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan. Anugerah-anugerah ini termasuklah Anugerah Lagu Terbaik dalam Festival Filem Malaysia, menjadi Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Juara Lagu sebanyak tiga kali, memenangi empat daripada lima anugerah dalam Pertandingan Juara Lagu pada tahun 2004, memenangi anugerah Vokal Lelaki Terbaik dan Album Rock Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik pada tahun 2000, memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular, Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Album Pop Terbaik, Kulit Album Terbaik dan Anugerah Sri Wirama di Anugerah Industri Muzik dan akhir sekali ialah memenangi Anugerah Komposer Lagu Terbaik di Majlis Anugerah MACP untuk tahun 2002 hingga 2007.

M. Nasir, Artis Ternama Malaysia Kelahiran Singapura (Bahagian Kedua)

Sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang anak seni, beliau telah menghasilkan banyak album yang antaranya termasuklah:

1. Aku & Mentor (2000) - Hattan
2. Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998) - Saleem
3. Mentor (1994) - Hattan
4. Si Fu (1999) - Real
5. Untuk Pencinta Seni (1979)
6. Dia Ibuku (1981)
7. Kembara (1981)
8. Perjuangan (1982)
9. Generasiku (1983)
10. 1404 Hijrah (1984)
11. Seniman Jalanan (1984)
12. Duit (1985)
13. Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985)
14. Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)
15. Solo (1988)
16. Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989)
17. Kembara Koleksi 1 (1991)
18. Saudagar Mimpi (1991)
19. Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir - Berbilang artis (1992)
20. Canggung Mendonan (1993)
21. Karya Abadi M. Nasir - Berbilang artis (1993)
22. Koleksi Original 2 Kembara (1995)
23. Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
24. Masihkah Ingat… Kembara 1981-1985 (1995)
25. Sentuhan Ajaib M. Nasir - Berbilang artis (1995)
26. Yang Terbaik Dari M. Nasir - Berbilang artis (1995)
27. 2 Dalam 1 - Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998)
28. 2 Dalam 1 - Kembara & Perjuangan (1998)
29. Terbaik M. Nasir (1998)
30. Koleksi Klasik Kembara (1999)
31. Sentuhan Berantu - J. S. Kevin dan M. Nasir - Berbilang Artis (1999)
32. Srikandi Cintaku (1999)
33. Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999)
34. Si Fu - M. Nasir - 14 Karya Terbaik - Berbilang Artis (2000)
35. Best Of Kembara (2001)
36. Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001)
37. Phoenix Bangkit (2001)
38. Prahara Seni Abadi 2001
39. Karya Emas M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
40. Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock - Sweet Charity vs Kembara (2002)
41. M. Nasir No. 1 “Dulu Dan Kini” (2002)
42. M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002)
43. Sentuhan Terbaik M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
44. Dua Pencipta Slow Rock Dedd
45. Masihkah Ingat… M. Nasir & Yunizar Hussein M. N
46. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir - Berbilang artis
47. Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir Vol. 2 - Berbilang artis
48. Irama M. Nasir

M. Nasir, Artis Ternama Malaysia Kelahiran Singapura (Bahagian Ketiga)

M. Nasir juga turut menghasilkan banyak Album Single yang hit dan berjaya di pasaran seperti:

1. Demi Kedamaian (dgn Artis-Artis Polygram) 1980
2. Joget Berpantun (suara latar bagi Yunizar Hussein) 1980
3. Adam Dan Hawa (suara latar bagi Al Jawaher) 1982
4. Perjalanan 2 (duet dgn Al Jawaher) 1982
5. Semalam Semalam (suara latar bagi Yunizar Hussein) 1982
6. Pada Satu Kedudukan (suara latar bagi Search) 1986
7. Sabarlah Sayang (duet dgn Sharifah Aini) 1989
8. Kenangan 1992
9. Bersama Berdua 1994
10. Jikalau Berkasih 1994
11. KepadaMu Kekasih (dgn Hattan & Jamal Abdillah) 1994
12. Satu Hari Di Hari Raya 1994
13. Serumpun Tak Bisa Luroh (dgn Artis-Artis BMG/Sony Music) 1994
14. Dunia Impian Kita 1995
15. Ghazal Untuk Rabiah (duet dgn Jamal Abdillah) 1995
16. Hati Emas (unplugged) 1995
17. Musafir Di Aidilfitri 1995
18. Mencari Amerika (duet dgn Dr Wan) 1996
19. Tinggalkan Satu Peluru 1996
20. Ya! Sidi Mustafa 1996
21. Ala Canggung (duet dgn Ramlah Ram) 1998
22. Salam Dunia (lagu Hari Raya) 2001
23. Senandung Sayang (duet dgn Aishah) 2001

M. Nasir, Artis Ternama Malaysia Kelahiran Singapura (Bahagian Keempat)

Antara video muzik yang pernah dihasilkan oleh M. Nasir termasuklah:

1. Raikan Cinta Juara Lagu 2002
2. Berita Kepada Kawan (duet dgn Ebiet G. Ade) Konsert Akar
3. Impian Seorang Nelayan Memori - MediaCorp Suria
4. Bas No. 13 Tonight With Gurmit - MediaCorp Ch5

Antara Filem yang pernah dibintangi beliau termasuklah:

1. Puteri Gunung Ledang (2004) sebagai Hang Tuah
2. Putih (2001) (voice) sebagai Putera Aftus
3. Perempuan melayu terakhir (1999) sebagai Aktor pentas
4. Merah (1997) sebagai Hassan
5. Balada (1993) sebagai Muda
6. Selubung (1992) sebagai Kamal
7. Fenomena (1990) sebagai Azlan
8. Kembara Seniman Jalanan (1986) sebagai Bujang/Jebat

Siti Nurhaliza, Artis Malaysia Paling Berprestij

Datin Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza telah dilahirkan pada 11 Januari 1979. Beliau merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Beliau pada masa ini merupakan penyanyi Malaysia paling berjaya di dalam industri hiburan.

Tidak seperti artis Malaysia lain yang telah meninggalkan Malaysia untuk berjaya di pentas hiburan antarabangsa, beliau telah menjadi ikon antarabangsa dan pada masa yang sama kerjaya seninya berkembang di dalam negara beliau sendiri. Sehingga hari ini, beliau telah memperoleh lebih daripada 100 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Siti Nurhaliza telah dilahirkan di Kampung Awah, Termerloh, Pahang pada 11 Januari 1979. Siti ialah anak kelima daripada lapan adik-beradik. Beliau datang daripada keluarga yang cenderung kepada muzik. Datuk beliau merupakan pemain violin terkenal dan ibunya pula merupakan penyanyi tradisional tempatan yang terkenal.

Pada usia 5 tahun, beliau telah mengikuti pak ciknya untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis makan malam supaya beliau dapat didedahkan dengan persembahan secara langsung. Nasib menyebelahi beliau apabila beliau telah diterima dengan baik oleh penduduk tempatan. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau telah terlibat dalam pelbagai aktiviti di sekolah termasuklah dalam sukan dan ucapan kelas.

Siti Nurhaliza telah memasuki pra sekolah di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sekolah ini, beliau telah menunjukkan bakat nyanyiannya dalam usia semuda 6 tahun apabila beliau telah menyanyikan lagu Sirih Pinang iaitu sebuah lagu tradisional Melayu semasa majlis akhir tahun tadika beliau. Beliau seterusnya memasuki sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford dan seterusnya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.

Beliau sememangnya seorang atlet di sekolah dan hal ini dibuktikan semasa beliau menyertai majlis pembukaan Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan. Di sana beliau telah membawa obor untuk Fiesta itu bersama-sama dengan pelakon wanita Fasha Sanda. Siti Nurhaliza telah memenangi pertandingan nyanyian semasa berusia 12 tahun. Di pertandingan itu, siti telah menyanyikan sebuah lagu patriotik yang berjudul Bahtera Merdeka di Karnival Kuala Lipis dengan kerjasama Pertandingan Nyanyian Bulan Kemerdekaan.

Keluarga Siti Nurhaliza telah banyak membuat persembahan dalam majlis-majlis tempatan di kampung beliau seperti dalam majlis perkahwinan. Semasa berusia 12 tahun, Siti mula belajar menyanyi lagu-lagu tradisional daripada ibunya dan membuat persembahan lagu-lagu ini jika ada majlis istimewa dijalankan di tempat beliau.

Selepas itu, semasa beliau sedang berusaha dalam bidang nyanyian, Siti Nurhaliza telah menyertai banyak pertandingan nyanyian tempatan. Semasa usia beliau 16 tahun, beliau telah bertanding di dalam pertandingan Juara Bintang RTM pada tahun 1995. Semasa di sana, beliau telah bertemu dengan Adnan Abu Hassan iaitu seorang komposer lagu Malaysia yang terkenal.

Adnan Abu Hassan telah mengajar dan membantu beliau untuk persembahan vokal dan beliau telah berjaya memenangi pertandingan Juara Bintang RTM ini. Siti akhirnya mendapat kontrak dengan syarikat rakaman muzik Suria Records dan pada tahun 1996, beliau telah melancarkan album bertajuk “Siti Nurhaliza”.

Dalam usaha beliau untuk menyiapkan album pertamanya, beliau pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk peperiksaan SPM. Walaupun begitu, album pertama beliau telah berjaya di pasaran. Album-album beliau yang dihasilkan selepas itu turut mendapat kejayaan yang sama.

Selepas melancarkan album pertamanya, Siti telah menjadi artis pop Melayu yang sangat terkenal. Lagu-lagu dan album beliau yang seterusnya terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat beliau. Lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza terdiri daripada pelbagai genre yang berbeza iaitu pop, R&B dan Melayu tradisional. Suara dan lirik beliau sangat popular dalam kalangan remaja dan orang dewasa di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Siti Nurhaliza merupakan artis bukan Cina pertama yang telah dijemput untuk membuat persembahan di Anugerah Melodi Emas Ke-15 (15th Golden Melody Awards), di Taiwan pada tahun 2004. Selain membuat persembahan secara solo, beliau turut menyanyi secara berduet dengan penyanyi Lee-Hom Wang di dalam sebuah lagu yang berjudul “Bulan Melambangkan Hati Saya” (The Moon Represents My Heart).

Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, Lagu-lagu Siti Nurhaliza telah dinyanyikan semula oleh banyak artis termasuklah lagu popular beliau yang berjudul Cindai di mana lagu ini telah dirakam semula dalam versi Cina oleh Chien Bai Hui. Selain itu, lagu hit beliau yang berjudul Aku Cinta Padamu telah dirakam semula oleh sebuah kumplan kugiran Australia.

Siti Nurhaliza telah dengan jayanya mengadakan konsert solo di Dewan Albert Diraja (Royal Albert Hall) di London pada 1 April 2005. Walaupun majoriti mereka yang menonton di konsert ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom dan mereka yang terbang dari Malaysia semata-mata untuk menonton konsert ini, tetapi Media British telah menggelarkan beliau Celine Dion Asia (Asia’s Celine Dion) kerana kekuatan vokal dan kehebatan persembahannya.

Siti Nurhaliza, Artis Malaysia Paling Berprestij (Bahagian Kedua)

Sehingga ke hari ini, Siti Nurhaliza mempunyai paling banyak album Single daripada mana-mana artis di Malaysia. Pada 24 Oktober 2006, Siti Nurhaliza telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk. Siti Nurhaliza sangat dihormati kerana status beliau sebagai seorang ahli perniagaan wanita yang sangat berjaya di Malaysia. Beliau pada masa kini berada di kedudukan teratas dalam senarai artis terkaya Malaysia. Siti Nurhaliza dibayar sebanyak RM 30 000 untuk setiap persembahan selama 30 minit dan hal ini telah menjadikan beliau artis wanita yang mendapat bayaran paling tinggi di Malaysia.

Album Siti Nurhaliza yang terbaru bertajuk Transkripsi telah dilancarkan pada tahun 2006 dan mengandungi hasil kerja daripada ramai penerbit terkenal seperti Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud dan Damian VE. Album Transkripsi telah menjadi album tahunan terbaik selepas memenangi Anugerah Album Terbaik di majlis Anugerah Industri Muzik yang dianggap sebagai setanding dengan Anugerah Grammy di Hollywood, Amerika Syarikat. Album Transkripsi ini merupakan album pertama yang dilancarkan di bawah syarikat produksi beliau sendiri.

Siti Nurhaliza telah pergi ke Amerika Syarikat pada 11 Februari 2007 untuk menyertai majlis Anugerah Grammy. Di sana beliau telah menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjalan di atas permaidani merah bersama-sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K).

Pada 20 April dan 21 April 2007, Siti Nurhaliza telah membuat persembahan dengan jayanya di Konsert Istana Cinta Nostalgia sebagai menghargai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini menggandingkan Siti Nurhaliza dan artis-artis jemputan lain di mana mereka telah menyanyikan lagu-lagu karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebelum ini, Siti Nurhaliza juga turut diundang untuk membuat persembahan sempena menghargai Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang juga turut dibuat di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Pada 30 April 2007, beliau telah memperoleh 4 pencalonan di dalam Anugerah Industri Muzik yang merangkumi Album Pop Terbaik (Transkripsi), Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Dalam Album (Transkripsi), Video Muzik Terbaik (”Bisakah”) dan Kulit Album Terbaik (Transkripsi). Daripada empat pencalonan yang diterima beliau, Siti Nurhaliza telah memenangi dua daripadanya iaitu Album Pop Terbaik (Transkripsi) dan Album Keseluruhan Terbaik (Transkripsi).

Beliau juga turut mendapat pencalonan untuk dua anugerah iaitu Artis Wanita Paling Popular dan Lagu Paling Popular (Biarlah Rahsia) dan turut mendapat 3 lagi pencalonan untuk Artis Wanita Terbaik, Lagu terbaik dan Album Terbaik di dalam Anugerah Planet Muzik pada tahun ini (2008). Anugerah Planet Muzik ialah sebuah majlis anugerah serantau untuk artis dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Siti Nurhaliza telah memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular, Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik (Biarlah Rahsia)

Siti Nurhaliza, Artis Malaysia Paling Berprestij (Bahagian Ketiga)

Discography:

Studio albums:

Hadiah Daripada Hati (2007)
Transkripsi (2006)
Prasasti Seni (2004)
E.M.A.S (2003)
Sanggar Mustika (2002)
Safa (2001)
Sahmura (2000)
Pancawarna (1999)
Adiwarna (1998)
Cindai (1997)
Siti Nurhaliza II (1997)
Siti Nurhaliza I (1996)

Duet album:

Seri Balas (1999)

Compilation albums:

Siti Nurhaliza Klasik (2007)
Cerita Cinta Siti Nurhaliza (2006)
Anugerah Aidilfitri (2004)
Fiesta Aidilfitri (2002)
Salam Aidilfitri (2001)
Gema Hari Raya (2000)

Videography:

Compilation albums:

CT Best 7 (2004)
CT Best 6 (2004)
CT Best 5 (2003)
CT Best 4 (2001)
CT Best 3 (2001)
The Best of Siti Nurhaliza (2000)
CT Best 2 (1999)
CT Best (1998)

Concert albums:

Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London (2005)
Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004)
Konsert Siti Nurhaliza Untukmu Sudir (2002)
Konsert Mega Siti Nurhaliza (2001)
Konsert Live Siti Nurhaliza (1999)

DVD/VCD:

Best of Siti Nurhaliza DVD Karaoke (2007)

Career achievements:

Malaysian Music Industry Awards (Anugerah Industri Muzik)
Best Album (Transkripsi) 2007
Best Pop Album (Transkripsi) 2007
Best Female Vocal Performance Album (Siti Nurhaliza Live In London) 2006
Kembara (Explorer) Award 2005
Best Musical Arrangement Song (”Seindah Biasa”) 2005
Best Female Vocal Performance Album (Prasasti Seni) 2005
Kembara (Explorer) Award 2004
Best Musical Arrangement Song (”Bukan Cinta Biasa”) 2004
Best Album (E.M.A.S) 2004
Best Pop Album (E.M.A.S) 2004
Best Female Vocal Performance Album (E.M.A.S) 2004
Best Female Vocal Performance Album (Sanggar Mustika) 2003
Best Musical Arrangement Song (”Merisik Khabar”) 2003
Best Female Vocal Performance Album (Konsert Mega Siti Nurhaliza) 2002
Best Female Vocal Performance Album (Sahmura) 2001
Best Ethnic Pop Album (Sahmura) 2001
Best Female Vocal Performance Album (Pancawarna) 2000
Kembara (Explorer) Award 2000
Best Ethnic Pop Album (Seri Balas) 2000
Best Album (Seri Balas) 2000
Best Female Vocal Performance Album (Adiwarna) 1999
Best Pop Album (Adiwarna) 1999
Best Album (Adiwarna) 1999
Best Song (”Jerat Percintaan”) 1997
Best Newcomer (Female) 1997

Malaysian Song Champion Awards (Anugerah Juara Lagu)
Viewers Choice Song Champion (”Cindai”) AJL 20
Best Performance (”Ku Milikmu”) AJL 18
Best Performance (”Nirmala”) AJL 17
Ethnic Pop Song Champion (”Nirmala”) AJL 17
Best Performance (”Ya Maulai”) 2001
Pop Rock Song Champion (”Engkau Bagaikan Permata”) 2001
Ballad Song Champion (”Kau Kekasihku”) 2000
Ethnic Pop Song Champion (”Balqis”) 2000
Song Champion (”Balqis”) 2000
Ballad Song Champion (”Purnama Merindu”) 1999
Ethnic Pop Song Champion (”Hati Kama”) 1999
Ethnic Pop Song Champion (”Cindai”) 1998
Song Champion (”Cindai”) 1998
Best Performance (”Aku Cinta Padamu”) 1997
Ballad Song Champion (”Aku Cinta Padamu”) 1997
Song Champion (”Jerat Percintaan”) 1996
Best Performance (”Jerat Percintaan”) 1996
Ballad Song Champion (”Jerat Percintaan”) 1996

Malaysian Popular Stars Award (Anugerah Bintang Popular)
Popular Female Singer 2006
Popular Female Singer 2005
Most Popular Star 2004
Popular Female Singer 2004
Most Popular Star 2003
Popular Female Singer 2003
Most Popular Star 2002
Popular Female Singer 2002
Most Popular Star 2001
Popular Female Singer 2001
Popular Female Singer 2000
Most Popular Star 2000
Popular Female Singer 1999
Most Popular Star 1999
Popular Female Singer 1998
Most Popular Star 1998
Popular Female Singer 1997
Most Popular Star 1997
Popular TV Entertainer 1997

The Malaysia Book of Records:

First Malaysian artiste to perform a solo concert at the prestigious Royal Albert Hall (2005)
Most Awards Won Artiste - 112 awards (2004)
Most Awards Won Artiste - 52 awards (2001)

Anugerah Planet Muzik (Planet Music Awards):

Most Popular Female Artiste 2007
Best Female Artiste 2007
Best Song (”Biarlah Rahsia”) 2007
Most Popular Female Artiste 2006
Most Popular Female Artiste 2005
Most Popular Song (”Lagu Rindu”) 2005
Most Popular Female Artiste 2004
Best Female Artiste 2004
Best Song (”Bukan Cinta Biasa”) 2004
Most Popular Female Artiste 2003
Best Female Artiste 2003
Special Award 2003
Most Popular Female Artiste 2002
Best Female Artiste 2002
Most Popular Female Artiste 2001
Most Popular Song (”Balqis”) 2001
Best Female Artiste 2001

Anugerah ERA (ERA Awards):

Best Choice for Female Vocalist 2007
Best Choice for Female Vocalist 2006
Best Choice for Female Vocalist 2005
Best Choice Ethnic Song (”Badarsila”) 2003
Best Choice Music Video (”Bukan Cinta Biasa”) 2003
Best Choice for Female Vocalist 2002
Best Choice Ethnic Song (”Nirmala”) 2002
Best Choice Music Video (”Nirmala”) 2002
Best Choice for Female Vocalist 2001
Best Choice for Duo/Group Vocalist (with Tan Sri S.M Salim) 2001
Best Choice Ethnic Song (”Pandang-pandang Jeling-jeling”) 2001
Best Choice Pop Song (”Percayalah”) 2001
Best Choice Music Video (”Percayalah”) 2001

MTV Asia Awards:

Favourite Artiste (Malaysia) 2005
Favourite Artiste (Malaysia) 2004
Favourite Artiste (Malaysia) 2003
Favourite Artiste (Malaysia) 2002

Recognitions & Honours:

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2006)
Anugerah Srikandi Seni (2005) - UMNO Bahagian Maran, Pahang
Setia Ahmad Shah (SAP) (2005)
Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) - Universiti Sains Malaysia
Nickoledeon Kid’s Choice Awards (2005) - Wannabe Award
BestBrands Malaysian Personality of the Year Award (2005) - BestBrands Council
Nickoledeon Kid’s Choice Awards (2004) - Wannabe Award
The Outstanding Young Malaysian Award 2003 (TOYM) - Cultural Achievement - Junior Chamber of Kuala Lumpur Mandarin
Johan Setia Mahkota (JSM) (2003) - SPB Yang DiPertuan Agong
Anugerah Jasamu Dikenang MAYC (2003)
Anugerah Puteri Remaja (2002) - Puteri UMNO
Bintang Universe of Corum (2002) - The Most Success Talent In Malaysia Music Industry
Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) - Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang

Appointments:

Ambassador of Pantene (2007)
Ambassador of Elegance Tiara Collection (2006)
Ambassador of SHINE Pantene Pro-V (2006)
Ambassador of OLAY Total Effects (2006)
Ambassador of Maxis-Hotlink (2004)
Ambassador of Produk IT Samsung Malaysia (2004)
Ambassador of Minolta DiMAGE Malaysia (2003)
Ambassador of “With All Our Hearts’ Charity Fund” Jusco (2002-2006)
Ambassador of TM Net (2002)
Malaysia Stamp Princess
Model of Mitsubishi Trium
Model of BLEU and PEPSI (2002)
Model/Spokesperson of Maybelline New York
Model of Nippon Wiper Blade (NWB)
Ambassador of Muhibah PBSM

International Awards:

SCTV Music Awards Indonesia 2004 - Top Foreign Artist
Indonesian Music Awards 2003 - Malaysian Best Album (E.M.A.S)
Voice of Asia 2002 - Grand Prix Champion
Indonesian Music Awards 2001 - Most Lucrative Foreign Artist In Indonesia
South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Pop Winner/Top 40 Category International Song (We’ll Be As One)
South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Best Female Vocal Performance (We’ll Be As One)
Shanghai Music Festival 1999 - Gold Award in Singing Competition
Singapore Music Awards 1997 - Most Popular Newcomer Female & Most Popular Song (”Mawarku”)

ELLY MAZLEIN - TUAH “SPA Q”.

ELLY MAZLEIN bukanlah satu nama baru didalam dunia seni tanah air. Mula menceburkan diri dalam arena seni suara gadis kelahiran Perak ini telah mula mengembangkan sayapnya dalam dunia lakonan. Jika dulu ramai memandang enteng kemampuannya dalam bidang lakonan, namun melalui drama siri popular siaran TV3 “SPA Q” baru-baru ini benar-benar telah melonjakkan namanya dan kebolehannya telah diperakui sekali gus menjadi dambaan ramai pengarah drama.

Kata gadis yang memiliki sifat manja ini sepanjang tahun lalu, dirinya telah membintangi beberapa watak air mata sehingga ada yang melabelkan persembahan lakonannya bersifat ‘klise’ walaupun pada dasarnya dirinya amat berkeyakinan untuk melakonkan watak yang berlainan dan mencabar. Sehinggalah gadis yang senang dengan panggilan Elly ini menerima tawaran berlakon di dalam “SPA Q” yang telah berjaya mengubah segalanya dan menangkis tanggapan orang terhadap dirinya selama ini.

“Sebagai pelakon saya puas membawakan watak Farah, wanita lincah dan manja, tapi hidupnya sentiasa disulami rasa duka, hiba dan ceria”.

Tambahnya lagi….

“Saya gembira apabila dimaklumkan Spa Q mendapat sambutan baik daripada penonton dan kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Saya juga berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Spa Q,”

Drama 60 episod terbitan Global Station Sdn Bhd itu disiarkan jam 6.30 petang di TV3 mulai 22 Oktober lalu menerusi slot Akasia.

Lantaran penangan “Spa Q” juga, Elly dihujani pelbagai tawaran tapi hanya dua sahaja yang sempat disambar memandangkan drama terbaru yang sedang dijayakannya iaitu “Bella” memerlukan dedikasi tinggi, manakala telefilem “Puasa Terakhir” mengambil masa yang singkat di lokasi.

“Bella sebuah drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh Adam Hamid. Penggambarannya sudah dimulakan 5 Januari lalu dan saya sendiri memegang watak sebagai Bella“.

“Bella mengisahkan anak tunggal kepada tokoh ahli perniagaan yang tidak berminat mengikuti jejak langkah bapanya yang bergelumang dalam dunia bisnes. Dia disifatkan seorang yang keras kepala“.

“Meskipun ketika dia mahu mengatur hidup mengikut haluannya sendiri, Bella tiada pilihan lain kerana sebagai pewaris harta, dia terpaksa menguruskan syarikat bapanya“.

“Menambahkan suspen dalam drama ini apabila wujudnya konspirasi daripada pihak tertentu yang merancang untuk membunuh Bella dan bapanya,” katanya.
Ujarnya, Bella satu lagi watak yang berjaya mengeluarkannya dari zon pelakon air mata kerana drama 60 episod yang ditayangkan menerusi slot Akasia itu mengikat Elly dengan satu peranan yang cukup berkarakter.

“Bella cukup berbeza dari perwatakan sebenar saya termasuklah Farah yang dibawakan dalam Spa Q. Bella lebih tegas, lantang dan keras kepala”.

“Bayangkan, sehingga ada babak yang mendesak saya menyebut beberapa perkataan kasar yang sebelum ini tidak pernah saya menyebutnya,” katanya yang semakin langsing.

Menerusi “Bella”, Elly berdampingan dengan ramai pelakon popular, antaranya Datuk Ismail Hutson, Ako Mustapha, Iqram Dinzly, Azhar Sulaiman, Faridah Mansor dan Rozie Othman.

Elly juga sempat merakamkan penghargaannya kepada Datuk Yusof Haslam kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat Elly.

“Kalau bukan kerana Datuk Yusof mungkin sampai sekarang saya masih di takuk lama tanpa berusaha mengembangkan bakat. Saya sentiasa kenang jasa beliau memberi peluang kepada saya membintangi drama bersiri Gerak Khas dan Sembilu Kasih,” Ujarnya lagi.

Tatkala mengajaknya berbual mengenai pembikinan album terbaru, penyanyi popular dengan lagu Sutera Kasih dan Bakawali itu berkata, dia belum bersedia menggunakan pendekatan seperti penyanyi lain menerbitkan album sendiri.

Kata Elly, biarpun menyedari tidak lagi mempunyai syarikat rakaman untuk bernaung namun dia tidak berani mengambil risiko menerbitkan album sendiri.

Menyentuh kehidupan peribadinya pula, Elly yang dikatakan mempunyai teman istimewa dari golongan kerabat raja mengakui belum bersedia menamatkan zaman bujang meskipun usianya menginjak 28 tahun.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Lagipun sudah lama saya nantikan peluang (melakonkan watak mencabar) seperti ini”.

“Justeru, saya mahu menikmati segala peluang yang ada dan serius membina nama sebagai pelakon. Soal jodoh, ia akan datang sendiri,” katanya.

PROFIL

  1. NAMA PENUH: Sharifah Aida Mazlina bt Syed Hanafi
  2. TARIKH LAHIR: 17 Disember 1980
  3. TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
  4. ZODIAK: Sagittarius
  5. HOBI : berenang & menghias rumah
  6. PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
  7. FILEM: Tangkai Jering
  8. ANTARA DRAMA: Gerak Khas, Sembilu, Spa-Q dan Puasa Terakhir
  9. MUZIK KEGEMARAN: Balada & irama Melayu Asli
  10. RANCANGAN KEGEMARAN: MTV & Channel V
  11. FESYEN PILIHAN: simple, elegant & up-to-date
  12. WARNA KEGEMARAN: Biru, merah jambu, hitam & putih
  13. MINUMAN KEGEMARAN: Milo
  14. MAKANAN KEGEMARAN: Makanan laut
  15. PENYANYI PUJAAN: Sharifah Aini & Jennifer Lopez
  16. PELAKON PUJAAN: Datuk Jalaludin Hassan
  17. ADIK BERADIK: 3 (bongsu)
  18. ALBUM: 1997 - Sutera Kasih
  19. 1999 - Satu Persatu
  20. 2001 - Elly
  21. 2001 - MTV Karaoke Elly Mazlein
  22. 2002 - Best of Elly Mazlein
  23. 2003 - Atas Nama Cinta

Share/Save/Bookmark

        

         OTHER INTERESTING RELATED POSTS:

Leave A Comment

TYPE YOUR COMMENT IN THE BOX BELOW.....

LIST OF RECENT COMMENTS:

Copyright © 2008 by Afiq's Blog - My Blog | My Life | My Journey | My Motivation | My Inspiration [Best Viewed With Mozilla Firefox and Broadband Connection]